Saturday, January 21, 2012
Jin dan Sekolah ku!
Teringat Seekor jin pernah berkata kepada sang ustaz di sekolah, "aku datang masuk dalam budak ni mau kasi tau kau, sekolah ni banyak maksiat!, belakang dewan makan lah, belakang tangga la, bla bla bla". Dialog seekor jin yang angkuh. Aku rasa kalau budak ni berpura-pura kena rasuk konfem lah beliau adalah kaki skodeng ataupun kaki projek. Terdapat satu persitiwa pengisytiharan perang ke atas sekolah akibat kebijaksanaan pengetua sekolah memotong pelbagai spesis pokok sekitar sekolah. Khabarnya, jin2 tu baccat playground anak2 dorang kena kasi hancur. Oleh itu, mereka datang dengan dendam, dengan membawa mesej kepada warga sekolah jangan bermain dengan jin! Tapi jin dekat sekolah aku tu bukan macam manusia, pandai pulak mengota janji. Memang seminggu jugak sekolah dipenuhi aksi2 ngeri selain daripada aktiviti rasuk merasuk antara satu sama lain. Semena-mena sekolah sains jadi sekolah agama. Aktiviti keagamaan bukan main lagi di setiap pelosok kelas. Hatta ke jamban sekali pun mungkin ada segelintir membawa surah yasin akibat penangan jin ni. Aku pernah sekali tersipu-sipu melaungkan azan di kelas sebagai cara melawan jin-jin dari usaha merasuki cewek2 di kelas. Kehkehkeh..( padahal takut sikit2). Ada spesis berani siap ketawa-ketawa bila azan dikumandangkan "dak payah la kau azan boi, kau azan sebab takut sama aku, bukan sebab tuhan! kehkehkeh" dengan nada jin sinis. Tetapi atas nasihat sang ustat, diteruskan jugak azanya kerana jin bukan bodoh, purak2 dak sakit tapi sebenarnya sakit! sepanjang 5 tahun di sekolah tersebut, memang tidak lenggang daripada aksi-aksi mistik sebegini. Mengajar ilmu jin kepada pelajar sekolah selain ilmu sains. Bagi aku, hikmahnya adalah untuk memberitahu kepada budak-budak ni, yang dorang ni bukan hebat sangat pun masuk sekolah sains. Keputusan power2, ilmu lain diabai. Muka konon gangster, tapi diam2 penakut jugak. Ada banyak lagi mahluk-mahluk lain yang lebih hebat ciptaan tuhan selain mereka. Cuma kadang-kadang akal sains yang ditunjangi oleh logik akal kuat memberitahu kejadian itu adalah aksi lakonan budak-budak yang mencari publisiti murahan semata. Kalau tidak pun, sebab mau balik rumah dak tahan tinggal di asrama. Kadang-kadang aku pun bosan dengan lagak rasuk merasuk ni, asyik manusia jak kena rasuk. Sekali sekala, bagi can la manusia pulak boleh rasuk jin. Mau tengok macam mana dorang handle. kehkehkeh. Okay...aku rindu sekolah! secara spesifik, SMSLD. Miss you...muah muah muah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment