Kalau sesebuah kemajuan itu dihitung dengan bangunan-bangunan besar, jalan raya besar, banyaknya universiti, at what end? sampai bila kemajuan akan dicapai? sampai bila kemajuan dikejar? kemajuan tercapai dengan pembangunan? Barat dikategorikan sebagai negara maju? apabila tercapai kemajuan maka pembangunan berhenti? Pelabelan sebagai negara membangun? membangun sampai bila? sehingga semua hutan habis ditarah? sehingga bocor gunung ganang ditebuk? bila manusia akan berhenti mengejar kemajuan? hidup dalam pembangunan? sehingga semua penduduk bumi memiliki kereta masing2? sehingga semua sungai diempangkan? sampai bila?
Kita sering berasa syukur dengan apa yang kita kecapi selama ini, tetapi kita tidak tahu masa untuk berhenti bukan? apakah ukuran kemajuan dalam diri kita? adakah kita tahu untuk berhenti membangun? memerah keringat mencari kehidupan?
Aku ingin membawa persoalan ini dibenak kalian. Cuba bayangkan dunia tidak pernah diperkenalkan dengan "kemajuan". Adakah kita akan menarah hutan untuk membina bangunan-bangunan besar? adakah kita akan menebuk gunung-ganang untuk membuat jalan? adakah pakaian berjenama itu penting untuk kita miliki?
Pada pendapat aku, jika aku tidak kenal kemajuan, mesti aku tidak bersusah payah mencari duit supaya mampu membeli sebarang "kemajuan". Mesti aku merasa cukup dengan sebuah rumah di tepi hutan, Bercucuk tanam, menternak kambing, memburu di hutan.
Yang aku tahu, kemajuan mahal harganya. Mahal untuk dimiliki dan tidak akan habis dikejar. Sampai bila-bila. Sampai kering ibu alam sekalipun, tidak akan berhenti.
aku pun pening daaaaaaaa...
Sunday, January 29, 2012
Saturday, January 21, 2012
Jin dan Sekolah ku!
Teringat Seekor jin pernah berkata kepada sang ustaz di sekolah, "aku datang masuk dalam budak ni mau kasi tau kau, sekolah ni banyak maksiat!, belakang dewan makan lah, belakang tangga la, bla bla bla". Dialog seekor jin yang angkuh. Aku rasa kalau budak ni berpura-pura kena rasuk konfem lah beliau adalah kaki skodeng ataupun kaki projek. Terdapat satu persitiwa pengisytiharan perang ke atas sekolah akibat kebijaksanaan pengetua sekolah memotong pelbagai spesis pokok sekitar sekolah. Khabarnya, jin2 tu baccat playground anak2 dorang kena kasi hancur. Oleh itu, mereka datang dengan dendam, dengan membawa mesej kepada warga sekolah jangan bermain dengan jin! Tapi jin dekat sekolah aku tu bukan macam manusia, pandai pulak mengota janji. Memang seminggu jugak sekolah dipenuhi aksi2 ngeri selain daripada aktiviti rasuk merasuk antara satu sama lain. Semena-mena sekolah sains jadi sekolah agama. Aktiviti keagamaan bukan main lagi di setiap pelosok kelas. Hatta ke jamban sekali pun mungkin ada segelintir membawa surah yasin akibat penangan jin ni. Aku pernah sekali tersipu-sipu melaungkan azan di kelas sebagai cara melawan jin-jin dari usaha merasuki cewek2 di kelas. Kehkehkeh..( padahal takut sikit2). Ada spesis berani siap ketawa-ketawa bila azan dikumandangkan "dak payah la kau azan boi, kau azan sebab takut sama aku, bukan sebab tuhan! kehkehkeh" dengan nada jin sinis. Tetapi atas nasihat sang ustat, diteruskan jugak azanya kerana jin bukan bodoh, purak2 dak sakit tapi sebenarnya sakit! sepanjang 5 tahun di sekolah tersebut, memang tidak lenggang daripada aksi-aksi mistik sebegini. Mengajar ilmu jin kepada pelajar sekolah selain ilmu sains. Bagi aku, hikmahnya adalah untuk memberitahu kepada budak-budak ni, yang dorang ni bukan hebat sangat pun masuk sekolah sains. Keputusan power2, ilmu lain diabai. Muka konon gangster, tapi diam2 penakut jugak. Ada banyak lagi mahluk-mahluk lain yang lebih hebat ciptaan tuhan selain mereka. Cuma kadang-kadang akal sains yang ditunjangi oleh logik akal kuat memberitahu kejadian itu adalah aksi lakonan budak-budak yang mencari publisiti murahan semata. Kalau tidak pun, sebab mau balik rumah dak tahan tinggal di asrama. Kadang-kadang aku pun bosan dengan lagak rasuk merasuk ni, asyik manusia jak kena rasuk. Sekali sekala, bagi can la manusia pulak boleh rasuk jin. Mau tengok macam mana dorang handle. kehkehkeh. Okay...aku rindu sekolah! secara spesifik, SMSLD. Miss you...muah muah muah!
Friday, January 20, 2012
Sudah 20 hari 2012.
Ternyata masa tidak memperdulikan sesiapa. Tanpa kira darjat dengan angkuh nya masa melangkah sejauh 480 Jam. Meninggalkan sesiapa yang tidak mengiranya dibelakang dengan sentiasa seribu senyuman. Yang ditinggal hanya sejarah. Mengharap jadi teladan untuk mengejar. Menjanjikan seribu senyuman bagi pengejar dihadapan. Mengabaikan dibelakang yang menangis. Mengabaikan sang masa bergerak. Terkadang laju, terkadang perlahan. Masih kehadapan. Pengejar berlagak bersahaja mendahului masa. Masa tidak pulak dengki kepadanya. Membiarkan pengejar dengan lagaknya. Selayak lagaknya tidak mengentengkan masa. Sudah 480 Jam! 20 hari! aku di depan atau di belakang? atau seiringan berjalan dengan masa? banyak rancangan kini menjadi sejarah. Lantaran belum tercapai destinasinya. Sejarah 2011,2010,2009...masih lagi rancangan. Belum sampai ke destinasi. Bilakah akan tercapai jika hanya duduk menggoyang kaki? Melayar minda sampai ke langit, bila tidur rapat di bumi. Hanya tinggal mimpi? Kaki tidak melangkah ke destinasi? Bila akan sampai? Doaku padamu rabb, agar aku mampu berjalan dengan sang masa ini. Tidak lagi menggoyang kaki bermimpi semata. Menuju destinasi. Realisasikan segala rancangan dalam hati. Berkat mu ya rabb. Aku pohon agar dapat aku mengejar masa ini. Biar masa tersenyum aku di depan. Bukan di belakang.
Subscribe to:
Comments (Atom)

